Berita
Program Funtastic Games Semarakkan Semangat Kekitaan Warga JSM

PAGOH: Program Pak Perdana JSM 2025: FunTastic Games anjuran Jawatankuasa Penasihat Akademik (PAK), Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berlangsung dengan meriah di Gelanggang Futsal 1 dan 2, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Program yang bertemakan Unite, Play and Conquer ini melibatkan penyertaan seramai 200 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2 program Diploma Sains Gunaan (DAU) dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) bersama-sama pensyarah JSM.
Penganjuran program ini bertujuan memupuk semangat kekitaan, meningkatkan komunikasi positif dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JSM. Permainan moden dan tradisional yang interaktif seperti Harimau Mengganas, Gajah Haus, Kucing Manja dan Ular Berbisa dijalankan bagi menarik minat peserta serta menghidupkan semula warisan budaya yang semakin dilupakan.
Aktiviti ini merupakan platform untuk memperkukuh hubungan antara pensyarah dan pelajar di luar bilik kuliah serta menyemai nilai kepimpinan dan setia kawan. Program seperti ini wajar diteruskan kerana memberi impak positif terhadap kesejahteraan sosial dan pembangunan sahsiah pelajar. Di samping itu pengenalan elemen permainan tradisional dalam aktiviti sukaneka merupakan usaha untuk mengekalkan nilai budaya tempatan serta memperkenalkan tradisi lama kepada generasi baharu. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mampu membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, bekerjasama dan menghargai warisan bangsa.
Secara keseluruhan, Funtastic Games berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan silaturahim, menyemai nilai kebersamaan dan memelihara warisan tradisi, sejajar dengan aspirasi UTHM untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan sosial.
PAK Perdana JSM: FunTastic Games
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
