Berita
FG SURE UTHM Perluas Jaringan Industri Terokai Potensi Industri Makanan dan Analisis Makmal

BANDAR BARU ENSTEK: Kumpulan Fokus (FG) Sustainable and Renewable Resources Research Group (SURE) dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad bagi membincangkan potensi kerjasama strategik berkaitan rawatan air sisa serta peluang penempatan latihan industri bagi pelajar diploma UTHM. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan akademik-industri melalui pertukaran kepakaran, pemahaman keperluan semasa industri dan penyelarasan peluang pembangunan modal insan.
Lawatan yang melibatkan pensyarah-pensyarah FG SURE itu disambut mesra oleh wakil pengurusan Ajinomoto, yang turut berkongsi amalan, teknologi dan cabaran berkaitan pengurusan air sisa di premis mereka. Perbincangan berjalan secara positif, dengan Ajinomoto menyatakan kesediaan untuk terus membuka peluang latihan industri kepada pelajar UTHM, terutamanya dalam bidang berkaitan alam sekitar, proses, dan teknologi kimia.
Delegasi FG SURE kemudiannya meneruskan kunjungan ke Lembaga Koko Malaysia (LKM) bagi mengenal pasti potensi kerjasama penyelidikan dan analisis makmal. Pendedahan ini membuka peluang kepada ahli FG SURE untuk menjalankan projek penyelidikan yang lebih mendalam, tepat dan memenuhi standard industri makanan. Lawatan ini turut memberi gambaran menyeluruh mengenai kemudahan makmal, prosedur analisis serta peluang kolaborasi bagi projek tahun akhir dan aktiviti penyelidikan pensyarah.
Manfaat lawatan ini memberi peluang kepada universiti dalam mewujudkan jaringan penyelidikan baharu, manakala pensyarah mendapat faedah melalui penguasaan penggunaan instrumen high-end yang kritikal dalam kerja penyelidikan moden. Melalui kerjasama antara industri dengan UTHM juga dapat membuka peluang kepada pembangunan inovasi, sokongan analisis teknikal serta cadangan penyelesaian berasaskan kajian akademik yang boleh membantu meningkatkan kualiti produk dan proses.
Secara keseluruhan, lawatan FG SURE ke Ajinomoto dan LKM ini membuka ruang kepada hubungan jangka panjang yang lebih kukuh antara universiti dan industri, khususnya dalam menyokong pembangunan modal insan serta peningkatan kemahiran pelajar melalui pendedahan sebenar di lapangan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
