Berita
Sistem Maklumat Geografi Kuantum (QGIS) untuk Pemula

PAGOH: Jawatankuasa Kebolehpasaran Graduan dan Alumni, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Kerjasama dari Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) UTHM telah menganjurkan program Quantum Geographic Information System (QGIS) for Beginners atau Sistem Maklumat Geografi Kuantum (QGIS) untuk Pemula pada 17 November 2025 secara atas talian Google Meet dengan menampilkan alumni CeDS. Program ini telah disertai oleh pelajar Tahun 1 dan 2, Program Diploma Kejuruteraan Awam, CeDS seramai 45 orang. Program ini turut melibatkan seramai 6 orang staf akademik CeDS sebagai Ahli Jawatankuasa program bagi melancarkan perjalanan program.
Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar CeDS, Dr Muhammad Azri bin Othman. Seterusnya program diteruskan dengan sesi perkongsian “Practical Applications of QGIS in Careers” daripada Alumni CeDS iaitu Saudari Azreen Shafiqa Nabilla binti Azlan. Beliau adalah merupakan Alumni CeDS yang telah bergraduan dalam Sarjana Kejuruteraan Awam dan kini sedang melanjutkan pengajian beliau di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Pantai di Universiti Malaysia Terengganu. Dalam sesi ini beliau menekan penggunaan aplikasi QGIS di alam pekerjaan dan kepentingannya kepada sesuatu kajian. QGIS merupakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) sumber terbuka yang digunakan untuk mengurus, memaparkan dan menganalisis data ruang (spatial) bagi tujuan pemetaan dan penyelidikan. Ia menyokong pelbagai jenis data seperti vektor dan raster, serta menyediakan fungsi penting termasuk analisis ruang, pengeditan data dan penghasilan peta profesional melalui Layout Manager. Dengan pelbagai palam (plugin) tambahan dan sokongan komuniti global, QGIS menjadi pilihan utama dalam kalangan pelajar, penyelidik dan agensi kerana sifatnya yang percuma, mudah digunakan dan mampu memenuhi keperluan pemetaan dalam pelbagai bidang seperti perancangan bandar, pengurusan sumber dan analisis persekitaran.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
