Berita
Sesi Perkongsian Industri Buka Perspektif Baharu Pelajar dalam Reka Bentuk Kejuruteraan

PAGOH: Program Industrial Talk: Engineering Design – From Concept to Creation telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan seramai 133 pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma bagi memberi pendedahan sebenar tentang proses rekabentuk dalam industri. Program ini menampilkan penceramah jemputan, Encik Mohd Ayasir bin Jamaludin, Pengurus Nas Sutera Engineering, yang berkongsi pengalaman beliau dalam melaksanakan projek kejuruteraan bermula daripada analisis keperluan pelanggan, proses reka bentuk, pembangunan prototaip, sehinggalah penghasilan produk akhir.
Majlis turut disempurnakan dengan ucapan pembuka oleh Dr Muhammad Azri bin Othman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TDHEPA) CeDS, yang menekankan kepentingan pendedahan industri dalam memperkukuh kemahiran dan daya saing pelajar.
Melalui sesi perkongsian tersebut, pelajar memperoleh gambaran jelas tentang aplikasi teori reka bentuk kejuruteraan dalam dunia sebenar serta kepentingan komunikasi, inovasi dan pemikiran kritikal dalam proses reka bentuk. Program ini juga menekankan penggunaan teknologi digital, penyediaan bahan pembentangan profesional, dan demonstrasi simulasi projek.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkasakan pelajar daripada aspek teknikal, malah mengukuhkan hubungan antara institusi dan industri dalam usaha melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi cabaran kerjaya.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
