Berita
Smart Data Skills: Google Sheets and Microsoft Excel for Students
PAGOH: Program Smart Data Skills: Google Sheets and Microsoft Excel for Students telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 33 orang pelajar Tahun 2 Diploma bertempat di Dewan Kuliah 4, Blok A1, UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh kemahiran digital pelajar khususnya dalam pengurusan data dan penyediaan laporan akademik menggunakan aplikasi hamparan (spreadsheet). Sepanjang sesi pelaksanaan, peserta diperkenalkan kepada asas penggunaan Microsoft Excel dan Google Sheets merangkumi pengenalan antara muka, fungsi menu utama, serta teknik menyesuaikan tetapan lembaran kerja bagi tujuan penyediaan tugasan akademik dan projek kursus. Inisiatif ini menjadi platform latihan yang membantu meningkatkan keupayaan pelajar dalam mengurus data menggunakan perisian hamparan secara lebih sistematik. Melalui sesi pembelajaran ini, pelajar memahami cara memasukkan data, menyusun maklumat dengan teratur dan mempraktikkan penggunaan formula asas bagi menghasilkan pengiraan automatik dengan tepat dan efisien.
Pengisian program turut memberi penekanan kepada latihan amali (hands-on), di mana peserta melaksanakan tugasan menghasilkan laporan ringkas berasaskan dataset yang diberikan. Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar menerapkan kemahiran secara praktikal dan selari dengan keperluan akademik sebenar. Selain membantu pelajar menghasilkan laporan yang lebih kemas dan tersusun, program ini turut meningkatkan kompetensi digital mereka dalam tugasan projek dan konteks industri. Pendedahan ini memberi pelajar asas kukuh dalam penggunaan Microsoft Excel dan Google Sheets, seterusnya membolehkan mereka mengaplikasikannya bagi tujuan penyelesaian masalah dan membuat keputusan berasaskan analisis data.
Secara keseluruhannya, program ini telah menunjukkan impak positif terhadap peningkatan kemahiran teknologi pelajar. Maklum balas peserta menunjukkan minat yang tinggi untuk mendalami pengetahuan dalam pengurusan data, sekali gus membuktikan potensi program untuk diteruskan dalam bentuk modul lanjutan pada masa hadapan. Penganjuran program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan memberi manfaat signifikan kepada peserta. Program ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam memperkukuh kemahiran digital pelajar, selaras dengan keperluan semasa dalam dunia akademik dan industri.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor