Berita
Bual Bicara Kaunselor Universiti Perkasa Peranan Penasihat Akademik dan Kerjaya Pusat Pengajian Diploma UTHM
PAGOH: Jawatankuasa Penasihatan Akademik dan Kerjaya (PAK), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan program Bual Bicara Kaunselor Universiti Bersama Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) Pusat Pengajian Diploma 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat 5, Aras 1, UTHM Kampus Pagoh.
Program yang menghimpunkan beberapa orang staf akademik ini bertujuan memperkukuh kefahaman Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) terhadap peranan kaunselor universiti dalam menangani isu berkaitan kesejahteraan mental, motivasi, konflik pembelajaran serta cabaran psikososial pelajar.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dekan Pusat Pengajian Diploma, sebelum dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) CeDS. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan kepentingan sinergi antara PAK dan kaunselor universiti dalam mewujudkan ekosistem sokongan pelajar yang holistik dan berfokuskan kebajikan serta kesejahteraan pelajar.
Sesi utama program menampilkan Kaunselor Universiti sebagai penceramah jemputan yang berkongsi topik bertajuk Peranan Kaunselor dan Pendedahan kepada PAK dalam Menangani Isu Pelajar. Perkongsian ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah intervensi awal, pendekatan empati serta prosedur rujukan pelajar berisiko secara profesional dan beretika.
Program ini turut menyediakan sesi soal jawab interaktif yang membolehkan para peserta berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan mengenai pengurusan kes pelajar, sekali gus mengukuhkan jaringan kerjasama antara PAK dan Bahagian Kaunseling universiti.
Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) CeDS, penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kecekapan PAK dalam mengenal pasti tanda-tanda awal tekanan dan masalah pelajar, di samping menyemai budaya prihatin serta sokongan psikososial dalam kalangan pensyarah CeDS.
Program ini dimulakan dengan sesi bergambar sebagai simbol komitmen bersama CeDS dan Bahagian Kaunseling dalam membina persekitaran pembelajaran yang lebih empati, selamat dan berpusatkan pelajar.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor