Berita
Sinar Kasih Ramadhan 2026: Rekod Sumbangan Meningkat, Lambang Keprihatinan Warga CeDS

PAGOH: Program Infak Kasih Ramadhan 2026 bertemakan Menyantuni Insan, Menyemai Keberkatan anjuran Kelab Staf Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya mengumpul 44 beg sumbangan barangan asas, iaitu peningkatan berbanding jumlah yang diperoleh pada tahun lalu.
Inisiatif kebajikan yang dianjurkan sempena bulan Ramadan ini mencerminkan komitmen berterusan warga CeDS dalam menyemai budaya prihatin dan berkongsi rezeki bersama komuniti setempat.
Majlis penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Dr. Muhammad Faizal bin Ismail, bersama Pengerusi Kelab Staf CeDS, Encik Muhammad Hanafi bin Asril Rajo Mantari, serta turut disertai oleh staf-staf Pusat Pengajian Diploma.
Sebahagian sumbangan telah disampaikan secara langsung oleh pihak dekan dan pengerusi kelab staf kepada penduduk sekitar Pagoh, Panchor dan Kg Seri baru. Selain itu, bantuan turut diagihkan kepada pekerja seperti petugas pembersihan di UTHM sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka. Selebihnya pula disalurkan kepada golongan asnaf di kawasan ADUN Sungai Balang.
Pihak Kelab Staf CeDS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang serta warga CeDS yang telah menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sokongan dan keprihatinan yang ditunjukkan amat bermakna dalam memastikan kelancaran serta kejayaan program ini.
Peningkatan jumlah sumbangan pada tahun ini membuktikan bahawa semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga CeDS semakin kukuh. Diharapkan program seperti ini akan terus menjadi platform dalam menyantuni masyarakat serta membawa sinar kegembiraan kepada mereka yang memerlukan, khususnya di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
