Berita
Tautan Sinar 09: JKE CeDS UTHM Hulur Bakti di Musolla Taman Melewar, Parit Raja

PARIT RAJA: Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Tautan Sinar 09 di Musolla Taman Melewar, Parit Sempadan, Parit Raja, Johor bermula 27 April hingga 30 April 2026.
Program ini melibatkan seramai 16 orang staf JKE dan turut mendapat sokongan bermakna daripada pesara JKE, Tuan Haji Zaurin bin Ali. Program ini telah dipimpin oleh Pengarah Program, Ts Tengku Nadzlin bin Tengku Ibrahim, yang menyelaras pelaksanaan aktiviti sepanjang tempoh program berlangsung.
Sepanjang program ini, pasukan telah menjalankan kerja-kerja pemasangan lampu serta pendawaian elektrik tambahan bagi beberapa soket alir keluar termasuk penyediaan soket khas untuk sistem siar raya. Usaha ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pihak musolla yang memerlukan penambahbaikan sistem elektrik demi meningkatkan keselesaan dan keselamatan para pengguna kelak.
Pelaksanaan kerja-kerja teknikal dilakukan secara sistematik dengan mematuhi piawaian keselamatan elektrik. Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat mencerminkan semangat kesukarelawanan serta keprihatinan warga JKE dalam menyumbang kepakaran kepada komuniti setempat.
Program ini bukan sahaja memberi impak positif kepada kemudahan fizikal musolla, malah mengukuhkan hubungan antara pihak universiti dan masyarakat setempat. Ia juga selari dengan aspirasi UTHM dalam melahirkan warga yang berilmu, berkemahiran serta berbakti kepada masyarakat. Di samping itu, program ini memberi peluang kepada staf untuk mengaplikasikan ilmu dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektrik bagi membantu komuniti yang memerlukan, khususnya dalam aspek pendawaian dan pemasangan elektrik.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform pemindahan ilmu dan kepakaran, di samping memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga universiti.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
