Skip to main content

Berita

Dari Penilaian ke Kecemerlangan: Bengkel Pemeriksa Luar Program Diploma Sains Gunaan

Oleh Dr Nurhana binti Mohamad, Inv. Dr Siti Noraiza binti Ab Razak
11 Mei 2026, 4:30 pm
Dari Penilaian ke Kecemerlangan: Bengkel Pemeriksa Luar Program Diploma Sains Gunaan

PAGOH: Bengkel Pemeriksa Luar Program Sains Gunaan telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mei 2026 dengan kehadiran Pemeriksa Luar, Prof. Madya ChM Dr Juliana binti Jumal, Dekan Pusat Tahmidi, Universiti Sains Islam Malaysia. Program ini diadakan bagi membincangkan aspek penambahbaikan akademik, kualiti kurikulum serta pemantapan pelaksanaan program pengajian selaras dengan kehendak semasa pendidikan tinggi negara. Kehadiran beliau amat dihargai kerana dapat memberikan pandangan profesional berdasarkan pengalaman luas dalam bidang akademik dan pengurusan program pengajian.

Sepanjang bengkel berlangsung, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk semakan struktur kurikulum, pencapaian hasil pembelajaran program serta kesesuaian silibus dengan kehendak industri dan keperluan semasa. Sesi perbincangan turut memberi ruang kepada pensyarah program Diploma Sains Gunaan untuk berkongsi cabaran, cadangan penambahbaikan dan amalan terbaik dalam pengajaran serta pembelajaran.

Selain itu, bengkel ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama akademik antara institusi. Perkongsian idea dan pengalaman oleh Prof. Madya ChM Dr Juliana binti Jumal telah membuka peluang kepada warga akademik untuk melihat pendekatan baharu dalam meningkatkan mutu program serta kebolehpasaran graduan. Pandangan yang diberikan amat bernilai dalam memastikan program sentiasa relevan dan kompetitif.

Pihak program Diploma Sains Gunaan turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan kesudian beliau meluangkan masa menghadiri bengkel ini. Kehadiran pemeriksa luar memainkan peranan penting dalam memastikan proses penilaian akademik dilaksanakan secara telus, berkualiti dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh pihak universiti serta badan akreditasi berkaitan.

Diharapkan hasil daripada bengkel ini dapat membantu memperkukuhkan lagi kualiti program Diploma Sains Gunaan pada masa akan datang. Semua input dan cadangan yang dikemukakan akan dijadikan panduan dalam usaha penambahbaikan berterusan demi melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan mampu bersaing di peringkat global.