Skip to main content

Berita

Aplikasi AI Perkasa PdP dan Pengurusan Organisasi KV Kluang

Oleh Ts Muhammad Fazrulhelmi bin Ahmad
07 Mei 2026, 4:33 pm
Aplikasi AI Perkasa PdP dan Pengurusan Organisasi KV Kluang

KLUANG: Kursus Peningkatan Kompetensi bertajuk Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) untuk Pemerkasaan PdP dan Pengurusan Organisasi Kolej Vokasional Kluang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan di Kolej Vokasional (KV) Kluang.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah berkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta membantu pengurusan organisasi secara lebih cekap, sistematik dan inovatif.

Antara objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep AI dan AI generatif, memperkenalkan aplikasi seperti ChatGPT, Google Gemini dan NotebookLM, selain membimbing peserta menghasilkan bahan PdP, soalan penilaian, rubrik, infografik serta dokumen pengurusan menggunakan teknologi AI.

Kursus ini dikendalikan oleh Ts Mohd Hatta bin Haji Mohamed Ali @ Md Hani sebagai penceramah dan Ts Muhammad Fazrulhelmi bin Ahmad sebagai fasilitator, kedua-duanya dari Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Program ini turut mendapat sokongan daripada Tuan Haji Affandi bin Masturi, Pengarah Kolej Vokasional Kluang, yang komited dalam memperkukuh kompetensi pensyarah ke arah pendigitalan pendidikan TVET.

Secara keseluruhannya, kursus ini diharap dapat memperkasa kemahiran digital pensyarah KV Kluang selaras dengan keperluan transformasi pendidikan masa kini.