Berita
UTHM Sokong Inisiatif WBL MINDEF 2026 Melalui Penawaran Diploma Khusus untuk Anggota ATM

TERENDAK: Satu langkah signifikan dalam memperkasakan pembangunan akademik dan profesional anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dilaksanakan menerusi Majlis Peluncuran Program Work-Based Learning Ministry of Defence (WBL MINDEF) 2026 yang berlangsung di Kem Terendak.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pertahanan. Inisiatif WBL MINDEF 2026 diperkenalkan bagi membuka peluang kepada anggota ATM memperoleh kelayakan akademik berasaskan pengalaman dan kompetensi sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Sebagai tanda sokongan terhadap agenda pendidikan berterusan itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pengajian Diploma (CeDS) bakal menawarkan program Diploma Teknologi Komunikasi dan Informasi khusus untuk anggota ATM.
Hadir mewakili CeDS dalam mempromosikan program diploma tersebut ialah Dekan CeDS, Dr Muhammad Faizal bin Ismail serta Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Puan Norhafiza binti Samion.
Penawaran program diploma ini dijangka memberi nilai tambah kepada anggota ATM yang bakal menamatkan perkhidmatan mereka. Selain meningkatkan kebolehpasaran selepas persaraan, program tersebut turut membuka laluan baharu kepada pengiktirafan akademik melalui pengalaman kerja dan kemahiran sedia ada.
Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan UTHM dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga pertahanan negara, selaras dengan keperluan industri dan pembangunan modal insan negara.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
