Berita
HYPEFEST 2026 beri Pengalaman Praktikal Keusahawanan kepada Pelajar Diploma

PAGOH: Persatuan Pelajar Diploma (CeDS) dengan kerjasama Jawatankuasa Teknousahawanan CeDS telah menganjurkan program HYPEFEST 2026: Hustle, Innovate and Profit bagi memberi pendedahan dan pengalaman praktikal kepada pelajar dalam bidang keusahawanan.
Program yang berlangsung selama dua hari bermula 18 hingga 19 Mei 2026 di Dewan A9, Kolej Kediaman Kampus Pagoh itu menghimpunkan pelbagai aktiviti berkaitan perniagaan dan inovasi melibatkan pelajar diploma UTHM.
Penganjuran program ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengalaman sebenar dalam dunia keusahawanan memandangkan kebanyakan pembelajaran di dalam kelas lebih tertumpu kepada teori. Melalui HYPEFEST 2026, pelajar berpeluang mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara langsung menerusi aktiviti jualan, pengurusan perniagaan dan pembentangan idea perniagaan.
Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah Jualan Reruai HYPEFEST, Pertandingan Business Model Canvas (BMC) dan pertandingan idea perniagaan yang memberi ruang kepada pelajar mengetengahkan kreativiti serta inovasi mereka dalam menghasilkan model perniagaan yang berpotensi.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Dekan Pusat Pengajian Diploma, Dr Muhammad Faizal bin Ismail yang meluangkan masa melawat reruai jualan serta memberi sokongan kepada pelajar yang terlibat. Selain itu, sesi penjurian turut dijalankan bagi menilai kreativiti, strategi pemasaran dan potensi idea perniagaan yang dipersembahkan oleh peserta.
Menariknya, program ini berjaya merekodkan nilai jualan keseluruhan mencecah RM10,000 dalam tempoh sehari sekali gus membuktikan kemampuan pelajar diploma dalam mengendalikan aktiviti perniagaan secara efektif dan kompetitif.
Pihak penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai graduan yang kreatif, berdaya saing dan mempunyai semangat teknousahawan selaras dengan keperluan industri masa kini.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
