Skip to main content

Berita

Program SULAM @ SCHOOL 2026: Math Discovery with Young Technologist

Oleh Puan Nuramirah binti Juma'at, Dr Nurhana bte Mohamad, Dr Rozainita binti Rosley, Dr Adnin Afifi binti Nawi, Dr Norhaliza binti Abu Bakar, Dr Raudah binti Mohd Adnan, Inv. Dr Siti Noraiza binti Ab Razak, Dr Muhammad Sufi bin Roslan, Dr Siti Fatimah binti Mohd Noor, Encik Zul Afiq bin Sazeli, Puan Norain binti Ahmad Nordin, Puan Shazana binti Hashim
20 Mei 2026, 5:00 pm
Program SULAM @ SCHOOL 2026: Math Discovery with Young Technologist

MUAR: Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program SULAM @ SCHOOL 2026: Math Discovery with Young Technologist di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Muar. Program ini merupakan inisiatif Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) bagi kursus Ordinary Differential Equations (DAU34403) yang mengintegrasikan pembelajaran teori di bilik kuliah dengan aktiviti khidmat komuniti.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid dan guru-guru mengenai bidang STEM, khususnya aplikasi matematik melalui aktiviti interaktif yang menyeronokkan. Selain meningkatkan minat terhadap STEM, program ini turut memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan peserta.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Timbalan Dekan (Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan), Pusat Pengajian Diploma. Turut hadir ialah Dr. Norliza Binti Ghazali, Ketua Jabatan Sains dan Matematik, serta Puan Wasimah binti Samnu, Guru Penolong Kanan 1 SRAB Muar.

Program yang diketuai oleh Dr Nurhana bte Mohamad dan Adriana Ng Wei Yen ini melibatkan 59 pelajar Diploma Sains Gunaan (2DAU), 12 staf Jabatan Sains dan Matematik serta 161 murid Tahun 1 dan Tahun 2 SRAB Muar. Penganjuran program ini berjaya mengukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti melalui perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada semua pihak.

#UTHMprihatin


Program SULAM @ SCHOOL 2026: Math Discovery with Young Technologist