Berita
Bengkel Origin Perkasa Kemahiran Analisis Data dan Penerbitan Akademik Staf CeDS

PAGOH: Di bawah portfolio Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan (TDPPP), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya dilaksanakan Workshop on Data Visualizer (Origin Software) – Empowering Data Analysis Skills for Academic Staff bagi memperkukuh kemahiran analisis data dan visualisasi penyelidikan dalam kalangan staf akademik.
Program yang berlangsung pada 24 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat 1, UTHM Kampus Pagoh itu melibatkan penyertaan seramai 20 orang staf akademik daripada pelbagai jabatan di bawah CeDS. Bengkel ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif pembangunan profesional staf dalam meningkatkan kompetensi penyelidikan, khususnya dalam aspek pengurusan, analisis dan persembahan data saintifik.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta didedahkan dengan penggunaan perisian Origin yang merupakan antara perisian analisis dan visualisasi data yang meluas digunakan dalam bidang penyelidikan akademik. Sesi latihan telah dikendalikan oleh Dr Siti Samahani binti Suradi, yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan teknik pengimportan data, pemprosesan data, analisis statistik asas serta penghasilan graf saintifik yang berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan penerbitan jurnal.
Melalui pendekatan pembelajaran secara amali, peserta berpeluang mengaplikasikan secara langsung pelbagai fungsi utama perisian Origin menggunakan set data yang disediakan. Kaedah latihan ini membolehkan peserta memahami proses analisis data dengan lebih sistematik, di samping meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan visualisasi data yang lebih profesional bagi tujuan penyelidikan, pembentangan akademik dan penerbitan ilmiah.
Selain memberi pendedahan kepada teknik visualisasi data yang berkesan, bengkel ini turut menekankan kepentingan pemilihan graf yang sesuai, interpretasi hasil analisis serta penyediaan rajah yang memenuhi piawaian penerbitan jurnal berimpak tinggi. Pengisian tersebut dilihat mampu membantu staf akademik meningkatkan kualiti hasil penyelidikan dan penerbitan mereka pada masa hadapan.
Program ini diketuai oleh Puan Hafsa binti Mohammad Noor selaku Pengarah Program dengan kerjasama jawatankuasa pelaksana di bawah portfolio TDPPP, CeDS. Penganjuran bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan CeDS dalam memperkasakan budaya penyelidikan, pembangunan profesional dan kecemerlangan penerbitan akademik dalam kalangan staf.
Program seumpama ini diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran penyelidikan serta memperkukuh kompetensi staf akademik, seterusnya menyokong usaha universiti dalam meningkatkan kualiti penerbitan ilmiah dan kecemerlangan penyelidikan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
