Berita
PAK Kickstart 2026 Perkukuh Kesediaan Pelajar Baharu UTHM

PAGOH: Program PAK Kickstart 2026: Smart and Sporty bertemakan Connect, Learn and Succeed berjaya menghimpunkan lebih 1,000 staf serta pelajar baharu Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi Sesi Akademik 2026/2027.
Program anjuran Hal Ehwal Pelajar CeDS itu diketuai oleh Sr Nornajihah binti Mohammad Yazid selaku Pengarah Program. Aktiviti dimulakan dengan Brisk Walk – Walk and Talk yang disempurnakan oleh Menjalankan Fungsi Provost UTHM Kampus Pagoh, YBhg. Prof. Ts Dr Abdul Mutalib bin Leman.
Pendekatan santai tersebut memberi peluang kepada pelajar baharu berinteraksi dengan Penasihat Akademik, pensyarah dan pihak pengurusan universiti, sekali gus membina keyakinan serta hubungan awal yang positif.
Program diteruskan dengan sesi pengenalan Outcome-Based Education bagi memberikan kefahaman mengenai kurikulum, hasil pembelajaran dan pentaksiran. Pada sebelah petang, Prof. Dr Afandi bin Ahmad menyampaikan Program Jam Belajar Pelajar yang menekankan pengurusan masa, disiplin dan teknik pembelajaran berkesan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya menggabungkan elemen kecergasan, akademik dan motivasi bagi mempersiapkan pelajar menghadapi kehidupan kampus.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
