Skip to main content

Berita

Ketua Jurutera Alam Sekitar Kongsi Pengalaman Pengurusan Air Sisa

Oleh Puan Shazana binti Hashim
19 Mei 2022, 3:50 pm
Ketua Jurutera Alam Sekitar Kongsi Pengalaman Pengurusan Air Sisa

PAGOH: Satu sesi perkongsian ilmu bersama industri telah dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Sesi ini dilaksanakan dengan penglibatan oleh pihak industri iaitu Simtec Plating (M) Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Jurutera Alam Sekitar, Puan Jannatun Adni binti Ibrahim.

Program perkongsian industri ini dilaksanakan di Auditorium 2, Kemudahan Gunasama, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

Program perkongsian industri yang disampaikan Puan Jannatun Adni ini berkonsepkan rawatan air sisa buangan dengan diberi tajuk Wastewater Management and Career Opportunities in Environmental Field.

Program ini telah disertai oleh 92 orang pelajar daripada program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) dan Diploma Sains Gunaan (DAU) dibawah seliaan pensyarah JSM.

Sesi dimulai dengan ringkasan diri penceramah iaitu Puan Jannatun Adni.

Beliau merupakan jurutera rawatan air sisa di syarikat Samtec Plating (M) Sdn Bhd.

Beliau juga merupakan graduan lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar pada tahun 2009.

Beliau telah membina kerjayanya dengan syarikat WD Media (M) Sdn selama empat tahun serta bersama syarikat Seagate International (Johor) Sdn Bhd selama enam tahun.

Sesi diteruskan dengan pendedahan kepada pelajar terhadap sistem rawatan air sisa logam berat di syarikat beliau bekerja dan beberapa penekanan terhadap undang-undang yang berkaitan dengan sisa air buangan dan kumbahan.

Sesi soal jawab mengenai loji yang berkaitan sisa air buangan dan peluang pekerjaan diadakan sebagai penutup program.

Tujuan utama program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai bidang-bidang industri rawatan air sisa yang berkaitan dengan para pelajar JSM, memandangkan mereka sedang mempelajari subjek teknologi rawatan air sisa bagi pelajar DAK dan teknologi kejuruteraan alam sekitar bagi pelajar DAU.

Perkongsian industri yang dianjurkan oleh JSM ini juga dapat memberikan sedikit pendedahan dunia industri kepada pelajar supaya adanya persediaan diri mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan suatu hari nanti.