Skip to main content

Berita

CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar

Oleh Dr Noorul Hudai binti Abdullah
02 Julai 2021, 5:19 pm
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar

PAGOH: Jabatan Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi kumpulan fokus Neo Environment Technology (NET) dan Spatial Technology for Civil Engineering (STforce) telah menganjurkan program CSR Nature Hero 2021 pada 28 Jun 2021 lalu.

Program bicara ini dianjurkan bagi memberi pendedahan berkenaan isu-isu alam sekitar kepada para pelajar supaya mereka lebih peka dan prihatin terhadap kepentingan alam sekitar yang bersih dan terpelihara.

Tambahan lagi, ia menjadi platform untuk pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk menjaga alam sekitar, selain memastikan kesihatan masyarakat sentiasa terjaga.

Penganjuran program ini juga meningkatkan lagi jaringan kerjasama akademik dan sosial antara pihak sekolah dengan pelajar diploma UTHM serta pensyarah kursus Kejuruteraan Alam Sekitar.

Program yang berlangsung secara maya menggunakan platform Zoom ini, telah dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 194 orang.

Hasil dari program ini, ia memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan kepentingan alam sekitar dan menjadi inisiatif bagi membantu pihak sekolah dalam meneruskan pengajian secara dalam talian.

Di samping itu, pelajar diploma turut dapat meningkatkan sifat kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam diri.

Dengan kolaborasi bersama komuniti setempat seperti pihak sekolah, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan guru dan murid sekolah, sekali gus dapat menyalurkan ilmu dan pengetahuan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.


Rakaman CSR Nature Hero 2021