Skip to main content

Pengumuman

Pendaftaran Kursus Semester II, Sesi 2020/2021

Oleh CeDS
07 Februari 2021, 4:41 pm
Pendaftaran Kursus Semester II, Sesi 2020/2021

Pendaftaran kursus Semester II, Sesi 2020/2021 untuk pelajar kanan, boleh dilakukan melalui SMAP Online bermula 21 Februari hingga 7 Mac 2021.

Sistem pendaftaran di SMAP Online akan dibuka selama dua minggu dan semua pelajar wajib mendaftar secara dalam talian dengan maksimum 20 kredit sahaja.

Bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik, maklumat berkenaan lebihan kredit yang perlu didaftarkan akan disampaikan oleh Penolong Pegawai Tadbir, Unit Akademik atau Penyelaras Jadual Waktu jabatan sebelum tempoh pendaftaran dibuka.

Semua pelajar wajib mencetak atau menyimpan salinan lembut (softcopy) dalam bentuk fail PDF atau menangkap layar (screenshot) slip pendaftaran bagi tujuan rekod.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, pelajar boleh menghubungi pegawai-pegawai Unit Akademik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) atau Penyelaras Jadual Waktu jabatan untuk bantuan dan maklumat lanjut.

Kursus-kursus yang ditawarkan mengikut program pengajian adalah seperti berikut.

Kemas Kini 16 Februari Ralat Kod Kursus Tahun 1, Diploma Sains Gunaan

Kemas Kini 19 Februari Ralat Pendaftaran Kursus Tahun 2, Diploma Kejuruteraan Awam

Kemas Kini 24 Februari Pendaftaran kursus yang melibatkan kursus-kursus pra-syarat boleh dilakukan pada minggu tambah / gugur iaitu pada 21 hingga 25 Mac kerana keputusan Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi 2020/2021 akan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keputusan Peperiksaan yang akan bersidang pada 15 hingga 16 Mac.

Kemas Kini 26 Mac Proses tambah / gugur kursus akan dibuka semula pada 28 Mac 2021 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.