Skip to main content

Pengumuman

Permohonan UPU Online Bagi Sesi 2023/2024

Oleh CeDS
07 Februari 2023, 10:18 am
Permohonan UPU Online Bagi Sesi 2023/2024

Permohonan UPU Online bagi sesi 2023/2024, akan dibuat secara dua fasa mengikut ketetapan berikut:

  • Fasa 1 – mulai 12 tengah hari, 7 Februari 2023 hingga 5 petang, 28 Mac 2023
  • Fasa 2 – mulai 12 tengah hari, 15 Mei 2023 hingga 5 petang, 12 Jun 2023

Permohonan di UPU Online

Garis masa bagi permohonan UPU Online dan kemasukan ke program pengajian adalah seperti berikut.

Garis Masa Permohonan UPU Online dan Kemasukan

Kami menjemput anda untuk menyertai program diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di kampus Pagoh.

UTHM menawarkan tujuh pilihan program diploma bagi memenuhi impian bidang dan kerjaya pilihan anda, iaitu:

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Sains Gunaan
  • Diploma Teknologi Animasi
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia
  • Diploma Teknologi Maklumat

Antaranya kelebihan program diploma UTHM ialah:

  • Laluan terus ke program sarjana muda UTHM dengan pengecualian kredit yang tinggi.
  • Lebih 10 bantuan kebajikan untuk pelajar yang kurang berkemampuan.
  • Rekod kebolehpasaran graduan diploma UTHM setinggi 97.5 peratus.


Jom Sertai Program Diploma UTHM!

Bagi memudahkan proses pemilihan program, anda boleh membuat pemilihan pantas, program diploma UTHM yang sesuai menerusi Web-Based Self Evaluation Tool (We-SET).