Skip to main content

Pengumuman

Pendaftaran Kursus Semester I, Sesi 2022/2023

Oleh CeDS
20 September 2022, 12:25 pm
Pendaftaran Kursus Semester I, Sesi 2022/2023

Pendaftaran kursus bagi Semester I, Sesi 2022/2023 untuk semua pelajar kanan program diploma akan bermula pada ketetapan berikut:

  • Tahun 3 – mulai 9 pagi 20 September 2022 hingga 26 September 2022
  • Tahun 2 – mulai 9 pagi 21 September 2022 hingga 26 September 2022
  • Tahun 1 – mulai 9 pagi 22 September 2022 hingga 26 September 2022

Memo Pejabat Pengurusan Akademik UTHM

Pendaftaran wajib dibuat secara dalam talian di SMAP.

Maksimum kredit yang boleh didaftarkan adalah 20 kredit sahaja.

Semua pelajar wajib mendaftar semua kursus yang disenaraikan mengikut kohort / group yang ditetapkan.

ProgramTahunJadual Penawaran Kursus
Diploma Kejuruteraan Awam 2 Group A, Group B, Group C, Group D
1 Group A, Group B, Group C, Group D
Diploma Kejuruteraan Elektrik 2 Group A, Group B, Group C, Group D
1 Group A, Group B, Group C
Diploma Kejuruteraan Mekanikal 2 Group A, Group B, Group C, Group D
1 Group A, Group B, Group C, Group D
Diploma Sains Gunaan 2 Semua
1 Semua
Diploma Teknologi Animasi 2 Group 1, Group 2
1 Group 1, Group 2
Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia 2 Semua
1 Group A, Group B
Diploma Teknologi Maklumat 2 Group 1, Group 2, Group 3, Group 4, Group 5, Group 6
1 Group 1, Group 2, Group 3, Group 4, Group 5, Group 6

Semua pelajar dikehendaki menyelesaikan hutang dengan kadar segera bagi memastikan pelajar boleh mendaftar kursus di SMAP.

Mana-mana pelajar yang berstatus berhutang tidak dibenarkan membuat pendaftaran kursus sebagaimana termaktub pada Perkara 7 (10), Peraturan Akademik.

Semua pelajar wajib mencetak slip atau menyimpan salinan lembut (softcopy) secara PDF atau menangkap layar (screenshot) pendaftaran kursus bagi tujuan bukti pendaftaran telah dibuat selain bagi memastikan pendaftaran yang telah dibuat sama dengan yang telah ditetapkan di dalam jadual penawaran mengikut kohort dan kumpulan yang telah dipilih oleh anda.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pegawai-pegawai Unit Akademik, Pusat Pengajian Diploma / penyelaras jadual waktu jabatan / penasihat akademik dan kerjaya (PAK) masing-masing untuk bantuan dan maklumat lanjut.