Skip to main content

Pengumuman

Pendaftaran Kursus Semester I, Sesi 2021/2022

Oleh CeDS
27 Ogos 2021, 12:21 am
Pendaftaran Kursus Semester I, Sesi 2021/2022

Pendaftaran kursus bagi Semester I, Sesi 2021/2022 boleh dilaksanakan mengikut ketetapan berikut.

Tahun PengajianPendaftaran DibukaPendaftaran Ditutup
Tahun 2 1 September 2021, 8:30 pagi 11 September 2021, 11:59 malam
Tahun 1 2 September 2021, 8:30 pagi

Pendaftaran perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem Maklumat Akademik Pelajar (SMAP).

Maksimum kredit yang boleh didaftarkan adalah 20 kredit sahaja.

Semua pelajar wajib mendaftar semua kursus yang disenaraikan mengikut kohort atau kumpulan yang ditetapkan.

Kursus-kursus yang ditawarkan mengikut program pengajian adalah seperti berikut.

Semua pelajar wajib mencetak atau menyimpan salinan lembut (softcopy) dalam bentuk fail PDF atau menangkap layar (screenshot) slip pendaftaran bagi tujuan rekod, selain memastikan pendaftaran yang telah dibuat sama dengan sesi kuliah di sistem Author yang akan dihadiri dan tersenarai dalam sistem pemarkahan pensyarah.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, pelajar boleh menghubungi pegawai-pegawai Unit Akademik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) atau Penyelaras Jadual Waktu jabatan atau Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) untuk bantuan dan maklumat lanjut.

Kemas Kini 1 September Pelajar yang berstatus hutang perlu menjelaskan hutang terlebih dahulu. Setelah bayaran dibuat, status akan dikemas kini dalam tempoh tiga hari. Pelajar boleh maklumkan bukti pembayaran kepada Pejabat Bendahari UTHM melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui WhatsApp +60 7-453 7054.