Sukacita dimaklumkan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan pertandingan kepada mereka yang berumur 7 hingga 25 tahun, dan dibahagikan kepada empat kategori penyertaan bersempena Hari Malaysia yang ke-65.
Lima pertandingan dipertandingkan:
- Melukis Poster / Doodle
- Deklamasi Puisi / Sajak / Syair / Pantun
- Seni Fotografi
- Video Kreatif
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 25.00. Hadiah Istimewa beserta Sijil disediakan kepada semua peserta.
Pertandingan ini dijalankan dengan harapan:
- Menyuntik semangat patriotik dan cinta akan negara.
- Menyerlahkan bakat dalam bidang seni.
Butiran pertandingan boleh didapati di laman web PEMAS 2022.
Sekiranya berminat, peserta boleh mendaftar di laman ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Admin PEMAS di nombor berikut atau layari saluran-saluran media sosial PEMAS.
Terima kasih.