Skip to main content

Pengumuman

Pengemaskinian dan Permohonan Baharu UPU Online Lepasan SPM 2021

Oleh CeDS
19 Jun 2022, 3:06 pm
Pengemaskinian dan Permohonan Baharu UPU Online Lepasan SPM 2021

Tahniah atas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterima!

Pengemaskinian pilihan program pengajian menerusi UPU Online akan dibuka bermula 12 tengah hari, 21 Jun 2022 sehingga 5 petang, 28 Jun 2022.

Pengemaskinian Pilihan di UPU Online

Permohonan baharu juga boleh dikemukakan menerusi UPU Online bermula 1 hingga 28 Jun 2022.

Permohonan Baharu di UPU Online

Kami menjemput anda untuk menyertai program diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di kampus Pagoh.

UTHM menawarkan tujuh pilihan program diploma bagi memenuhi impian bidang dan kerjaya pilihan anda, iaitu:

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Sains Gunaan
  • Diploma Teknologi Animasi
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia
  • Diploma Teknologi Maklumat

Antaranya kelebihan program diploma UTHM ialah:

  • Pilihan antara tujuh program diploma berbeza
  • Mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA) / Engineering Technology Accreditation Council (ETAC)
  • Laluan pantas ke program ijazah UTHM
  • Bergraduat lebih cepat
  • Kebolehpasaran graduan yang tinggi iaitu 97.5%


Jom Sertai Program Diploma UTHM!

Bagi memudahkan proses pemilihan program, anda boleh membuat penilaian pantas, program diploma UTHM yang sesuai dengan keputusan SPM yang anda perolehi, menerusi Penilaian Kendiri ke Program Diploma (PK-Dip).

Anda juga boleh mengunjungi kami di Jom Masuk IPT 2022 Zon 8 Selatan, pada 24 dan 25 Jun 2022 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat, untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Jika berminat ke Jom Masuk IPT 2022, sila buat pendaftaran di portal ini.