Skip to main content

Pengumuman

Panggilan Penyertaan Youth Invention and Inovation Fest (YOUTH) 2022

Oleh Ts Dr Shelena a/p Soosay Nathan
23 Julai 2022, 10:26 am
Panggilan Penyertaan Youth Invention and Inovation Fest (YOUTH) 2022

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan pertandingan di peringkat universiti, sekolah dan organisasi yang berminat dengan inovasi dan reka cipta. Inilah platform untuk anda mengetengahkan hasil kajian dan rekaan anda ke peringkat lebih tinggi.

YOUTH 2022 dibuka kepada:

  • Kumpulan A peringkat junior (murid sekolah rendah dan menengah)
  • Kumpulan B peringkat senior (pelajar peringkat sijil, diploma, sarjana muda dan setaraf)
  • Kumpulan C terbuka (komuniti, masyarakat, industri, kerajaan, swasta dan lain-lain)

Hantar penyertaan anda sebelum atau pada 22 September 2022 mengikut kategori dan kumpulan yang ingin dipertandingkan.

Maklumat terkini akan dihebahkan melalui Facebook dan Instagram YOUTH.