Pihak kami sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan terhadap mutu perkhidmatan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Secara amnya, kajian ini tertumpu kepada:
Mutu kerja yang diberikan oleh Pejabat Pentadbiran CeDS:
Pejabat Dekan
Pejabat Timbalan Dekan
Unit Pentadbiran dan Kewangan
Unit Akademik
Penyampaian maklumat menerusi laman sesawang CeDS:
Kami berbesar hati jika YBhg. Prof. Datuk / Prof. / Dr / Tuan / Puan dapat mengisi borang penilaian di pautan di bawah bermula pada 18 Ogos 2024 sehingga 26 Ogos 2024.