Skip to main content

Berita

Seramai 801 Pelajar CeDS Diisytihar Graduan

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
08 November 2020, 1:29 pm
Seramai 801 Pelajar CeDS Diisytihar Graduan

BATU PAHAT: Seramai 801 pelajar Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diisytiharkan sebagai graduan UTHM, dalam sebuah Istiadat Pengisytiharan Penganugerahan Diploma sempena Majlis Konvokesyen Ke-20 UTHM.

Selain pengisytiharan nama-nama graduan CeDS, penerima-penerima Anugerah Akademik turut diisytiharkan. Mereka ialah:

  • Ng Zhi Yang
    Anugerah Canselor
  • Nur Syafiqah Husna binti Zainul Arshad
    Anugerah Tan Sri Dato’ Paduka Hajjah Aishah Ghani
  • Muhamad Shahril bin Musa
    Anugerah Hadiah Buku Yayasan UTHM
  • Amni Mahirah binti Mohamed Hashim
    Anugerah UTHM Holdings
  • Chin Wen Xin
    Anugerah UTHM Holdings

Istiadat Pengisytiharan Penganugerahan Diploma ini, akan diikuti oleh sebuah Majlis Penyampaian Skrol yang akan diadakan pada satu masa bersesuaian yang akan diumumkan kelak.

Istiadat ini dilaksanakan terlebih dahulu disebabkan gelombang ketiga penularan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19), selain memenuhi keperluan penganugerahan diploma dan ijazah, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan UTHM.

Senarai penuh nama graduan adalah seperti yang telah tercatat dalam buku konvokesyen. Rakaman istiadat boleh ditonton seperti berikut. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan!