Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

Keunggulan Akademik Tujuh Alumni CeDS Diiktiraf

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
11 November 2020, 10:50 pm
Keunggulan Akademik Tujuh Alumni CeDS Diiktiraf

BATU PAHAT: Selain pengiktirafan keunggulan akademik lima pelajar Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), seramai tujuh alumni CeDS turut mendapat pengiktirafan yang sama dalam Istiadat Pengisytiharan Penganugerahan Ijazah sempena Majlis Konvokesyen Ke-20 UTHM.

Alumni-alumni CeDS tersebut ialah:

  • Amir Nurharis bin Abd Ghani
    Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang)
  • Pang Chun Khai
    Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang)
  • Nurhan Farhan bin Azman
    Anugerah Canselor
  • Ozahrah binti Hasan Basir
    Anugerah Canselor
  • Muhammad Naufal Hafizi bin Muhammad Ghazali
    Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik
  • Muhammad Farhan Aimran bin Mohd Zailani
    Anugerah Khas Alumni UTHM (Kategori Akademik)
  • Nur Syuhada Aina binti Yusoff
    Anugerah Khas Alumni UTHM (Kategori Akademik)

Ketujuh-tujuh alumni CeDS ini telah sebelum ini menerima penganugerahan diploma pada tahun 2017, dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda di UTHM.

Pengiktirafan ini sekali gus membuktikan, keunggulan akademik alumni CeDS adalah pada tahap yang tertinggi.

Rakaman istiadat boleh ditonton seperti berikut. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada alumni CeDS!

Topik berkaitan: Akademik | Kisah Kejayaan

Hak Cipta © 2022 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 × 720.

Dikemas kini pada 07 August 2022, 9:21 pm.