Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

Inovasi CeDS Memperoleh Anugerah ‘Best of the Best’ dan Pingat Emas di EDUINNOVATION 2020

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
02 December 2020, 11:34 pm
Inovasi CeDS Memperoleh Anugerah ‘Best of the Best’ dan Pingat Emas di EDUINNOVATION 2020

PAGOH: Projek inovasi Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya memperoleh Anugerah Best of the Best (Terbaik dari Yang Terbaik) serta Pingat Emas dalam kategori Innovation in Teaching and Learning, di International Competition for Educational Innovation and Research (EDUINNOVATION 2020).

Projek inovasi tersebut yang bertajuk Adik-adik Solat 2.0 AR: The Development of Augmented Reality Mobile Learning Apps to Enhance Learning Experience in Prayers Towards Education 4.0, diselia oleh Ts Mohd Hatta bin Mohamed Ali @ Md Hani, dan dianggotai oleh Saudara Muhammad Hilman Hakimi bin Abdul Rasid, Saudara Muhammad Syakir Alif bin Samsuddin, Saudara Muhammad Izz Qayyim bin Juzaimi, Saudari Nur Hanani binti Asmudin, Saudari Naziha binti Muhamad Edries dan Saudari Che Ku Afifa binti Che Ku Azman.

Program EDUINNOVATION 2020 yang bertema Futuristic Educational Innovation Across Industrial Revolution 4.0, telah dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2 Disember 2020.

Ia telah menyaksikan penyertaan peserta dari pelbagai peringkat pendidikan dalam dua kategori iaitu Innovation in Teaching and Learning dan Innovation in Educational Research.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!


Hak Cipta © 2022 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 × 720.

Dikemas kini pada 07 August 2022, 9:21 pm.