Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

CeDS Rangkul 13 Buah Pingat di RISE 2020

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
21 December 2020, 4:01 pm
CeDS Rangkul 13 Buah Pingat di RISE 2020

BATU PAHAT: Produk-produk penyelidikan dan inovasi Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), terus mendapat pengiktirafan apabila berjaya merangkul 13 buah pingat di International Research and Innovation Symposium and Exposition (RISE 2020).

Lapan dari 13 pingat tersebut, merupakan Pingat Emas yang dimenangi menerusi projek Phosphate Absorption from Aqueous Wastewater by using Waste Mussel Shell (PAMS), Decolourization of Waste Water using Waste Material (DW2M), Food Waste Fertilizer (FWF), Mussel Shell Fertilizer (MSF), Pemotong Kerepek Pisang Separa Automatik, Troli Rak Sistematik (TRS), Adik-adik Solat 2.0 AR: The Development of Augmented Reality Mobile Learning Apps to Enhance Learning Experience in Prayers Towards Education 4.0 dan MyBOT Modular Robotic Platform for STEM.

Pada masa yang sama, projek PAMS turut mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Terbaik dari yang Terbaik (Best of the Best, Second Runner-Up).

CeDS turut menggondol tiga Pingat Perak, menerusi projek Belajar Matematik Bersama AR, Economy of Scales Factors: A Web Portal for Malaysia's IBS Manufacturer dan A Framework for Social Entrepreneurship in Malaysia.

Baki dua buah pingat lagi merupakan Pingat Gangsa yang diperoleh menerusi projek A Systematic Literature Review on the Effectiveness of using Smart Fire Prevention System to Overcome Fire Disaster dan Block Copolymer Pervaporation Membrane.

RISE 2020 menyaksikan penyertaan dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta dari seluruh Malaysia.

Ia telah diadakan pada 16 hingga 30 November 2020 lalu, manakala keputusan pertandingan diumumkan menerusi sebuah sesi strim langsung yang diadakan pada 15 Disember 2020.

Meskipun RISE 2020 terpaksa diadakan secara maya, ia tidak menjadi penghalang kepada warga CeDS untuk terus berusaha melonjakkan nama CeDS khususnya dan UTHM amnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

AnugerahProjekPenerima
Phosphate Absorption from Aqueous Wastewater by using Waste Mussel Shell (PAMS) Nur Athirah Iliyani binti Rani
Tuan Muhammad Fikri Haziq bin Tuan Azman
Muhammad Nur Iqbal bin Sumawan
Dr Noorul Hudai binti Abdullah
Nur Atikah binti Abdul Salim
Decolourization of Waste Water using Waste Material (DW2M) Muhammad Azri bin Nizamdin
Muhammad Fauzul Mubarak bin Ahmad Fadhil
Nur Hana Syahira binti Azman
Dr Noorul Hudai binti Abdullah
Nur Atikah binti Abdul Salim
Food Waste Fertilizer (FWF) Muhammad Ikmal bin Abdul Hadi Kamel
Muhammad Daniel Iezzwan bin Ahmad Fairus
Nurul Fatimah binti Helmy
Dr Noorul Hudai binti Abdullah
Dr Noraziah binti Ahmad
Mussel Shell Fertilizer (MSF) Ahmad Aizat Putra bin Sulaiman
Siti Zulaikha binti Jamil
Muhammad Arifafifi bin Jupri
Dr Noorul Hudai binti Abdullah
Dr Noraziah binti Ahmad
Pemotong Kerepek Pisang Separa Automatik Muhammad Aliff Heyqal bin Zamli
Muhammad Alif bin Z. Yusri
Wan Ahmad Danial bin Wan Samsudin
Ts Mahmod Abd Hakim bin Mohamad
Ts Mohd Shahir bin Yahya
Troli Rak Sistematik (TRS) Ts Mohd Shahir Yahya
Nurhawa binti Hairuzam
Anis Masila binti Kamalludin
Nur Fatihah Atiqah binti Mohd Fadzil
Ts Mahmod Abd Hakim bin Mohamad
Adik-adik Solat 2.0 AR: The Development of Augmented Reality Mobile Learning Apps to Enhance Learning Experience in Prayers Towards Education 4.0 Ts Mohd Hatta bin Mohamed Ali @ Md Hani
Nur Hannani binti Asmudin
Che Ku Anis Afifa binti Che Ku Azman
Muhamad Syakir Alif bin Samsuddin
Naziha binti Mohammed Edries
MyBOT Modular Robotic Platform for STEM Ts Muhammad Shukri bin Ahmad
Ts Ahmad Alabqari bin Ma’Radzi
Ts Tengku Nadzlin bin Tengku Ibrahim
Dr Radzi bin Ambar
Prof. Madya Dr Mohd Zainizan bin Sahdan
Belajar Matematik Bersama AR Muhammad bin Abu Hussin
Muhamad Amirudin bin Aniq
Siti Asyiqin binti Shikh Ahmad Alias
Dr Zuraida binti Ibrahim
Economy of Scales Factors: A Web Portal for Malaysia’s IBS Manufacturer Muhammad Afiq bin Hamsan
Mohamad Amirul Asyman bin Mohamad Khairi
Aelfy Putera bin Aman Shah
Syazwana binti Tajul Ariffin
Dr Hairuddin bin Mohammad
A Framework for Social Entrepreneurship in Malaysia Raudah binti Mohd Adnan
Prof. Dr Wan Fauziah binti Wan Yusoff
Wan Muhammad Idham bin Wan Mahdi
A Systematic Literature Review on the Effectiveness of using Smart Fire Prevention System to Overcome Fire Disaster Muhamad Isma Danish bin Samsudin
Ts Salman bin Salim
Block Copolymer Pervaporation Membrane Basirah binti Fauzi
Dr Syazwan Hanani binti Meriam Suhaimy
Prof. Dr Mohd Ghazali bin Mohd Nawawi
Roslinda binti Fauzi

Hak Cipta © 2022 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 × 720.

Dikemas kini pada 07 August 2022, 9:21 pm.