Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

Kumpulan Penyelidik CeDS Rangkul Pingat Emas di eREKA 2021

Oleh CeDS
19 February 2021, 7:14 pm
Kumpulan Penyelidik CeDS Rangkul Pingat Emas di eREKA 2021

PAGOH: Kumpulan penyelidik Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus gemilang apabila berjaya memperoleh dua Pingat Emas di Expo Rekacipta dan Pameran Penyelidikan (eREKA 2021).

Projek daripada dua kumpulan penyelidik tersebut ialah KOOMBOT: Knowledge Oriented educatiOn Machine and roBOT dan MY MOTOR: Argumented Reality Application Development About Basic Learning of Motorcycle Machine Towards Education 4.0, masing-masing diketuai oleh Ts Muhammad Shukri bin Ahmad dan Puan Juliana binti Mohamed.

Program eREKA 2021 yang diadakan secara maya bermula dari 18 Januari hingga 18 Februari 2021, menyaksikan penyertaan seramai 267 penyelidik dari pelbagai institusi pendidikan seluruh negara, selain menampilkan seramai 39 orang juri dari pelbagai bidang akademik dan industri.

Ia merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP, Profesor Ir Ts Dr R Badlishah bin Ahmad secara strim langsung.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!


Hak Cipta © 2021 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 x 720.

Dikemas kini pada 28 April 2021, 8:17 pm.