Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

Inovasi CeDS Terus Unggul di MTE 2021

Oleh CeDS
27 March 2021, 9:48 pm
Inovasi CeDS Terus Unggul di MTE 2021

PAGOH: Kumpulan inovasi Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus unggul apabila berjaya merangkul Pingat Emas di Malaysia Technology Expo (MTE) 2021 menerusi projek Adik-adik Solat 2.0 AR: The Development of Augmented Reality Mobile Learning Apps to Enhance Learning Experience in Prayers Towards Education 4.0.

Kumpulan inovasi yang diketuai oleh Ts Mohd Hatta bin Mohamed Ali @ Md Hani itu, turut dianggotai Saudara Muhamad Syakir Alif bin Samsuddin, Saudari Che Ku Anis Afifa binti Che Ku Azman, Saudara Muhammad Hilman Hakimi bin Abdul Rasid, Saudari Naziha binti Mohammed Edries, Saudari Nur Hannani binti Asmudin, Saudara Muhammad Izz Qayyim bin Juzaimi, Dr Norazman bin Abd Samad, Puan Sam Faheeda binti Abdul Samad, Encik Muhamad Hanif bin Jofri, Puan Juliana binti Mohamed.

Program MTE 2021 yang diadakan secara maya bermula dari 22 hingga 26 Mac 2021, menyaksikan penyertaan sebanyak 566 projek inovasi dari 31 buah negara.

Ia merupakan program antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh Professional Trade Exhibition and Meeting Planner (PROTEMP) dan disokong oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!


Hak Cipta © 2021 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 x 720.

Dikemas kini pada 28 April 2021, 8:17 pm.