PAGOH: Para atlet Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya membawa pulang tiga Pingat Emas, tiga Pingat Perak dan dua Pingat Gangsa dari sembilan acara yang dipertandingkan dalam Sukan Antara Fakulti (SAF) 2021.
Kejayaan membawa pulang lapan pingat ini, sekali gus menjadikan CeDS juara keseluruhan SAF 2021.
Pingat Emas telah berjaya digondol menerusi acara berbasikal, olahraga dan bola sepak.
Manakala, Pingat Perak dimenangi menerusi acara e-sukan PUBG Mobile dan Mobile Legends, serta bola keranjang.
Bagi acara catur dan silat pula, atlet CeDS telah berjaya merangkul Pingat Perak.
SAF 2021 yang berlangsung selama 10 hari bermula 1 April 2021, telah dilaksanakan sepenuhnya secara maya lantaran penularan gelombang ketiga Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).
Ia telah dilancarkan oleh Profesor Madya Ts Dr Lokman Hakim bin Ismail, yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTHM.
Majlis Penutup pula telah disempurnakan oleh Profesor Datuk Ts Dr Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM.
Tahniah kepada para atlet!