PAGOH: Kelab Staf Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah menyalurkan sumbangan dan keperluan Ramadhan, serta persiapan menyambut Syawal kepada komuniti di sekitar Pagoh pada 9 Mei 2021 lalu.
Program yang merupakan salah sebuah tanggungjawab sosial korporat (CSR) CeDS UTHM ini, turut disertai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kebajikan Muafakat Bakri.
Sumbangan telah disalurkan menerusi wakil Kelab Staf CeDS serta wakil Kebajikan Muafakat Bakri, Ts Abd Mahmod Hakim bin Mohamad.
Diharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang memerlukan dan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).