Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

Pasukan Debat Muda UTHM ke Suku Akhir Pertandingan Debat Daksina 2021

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
01 September 2021, 2:12 pm
Pasukan Debat Muda UTHM ke Suku Akhir Pertandingan Debat Daksina 2021

PAGOH: Pasukan Debat Muda Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam Pertandingan Debat Daksina Institusi Pengajian Tinggi Zon Selatan 2021.

Pasukan yang dibarisi pendebat Saudara Muhammad Ruzaini bin Md Rodzi, Saudari Dhia Jauza Kamilia binti Yusainie dan Saudari Nurul Suffiyah binti Sa’dun dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), serta Saudari Puteri Khairunnissaq binti Mat Lazim dari Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV) itu, berjaya menduduki tempat kelima setelah selesai empat pusingan awal.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).

Ia dianjurkan secara dalam talian bermula 27 sehingga 29 Ogos 2021, bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021 dan Dekad Bahasa Kebangsaan 2020-2030.

Seramai 12 Pasukan dari seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) zon selatan telah mendaftar untuk berentap di dalam pertandingan ini.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Debat Muda UTHM amnya, dan ketiga-tiga pelajar CeDS tersebut khususnya!

Topik berkaitan: Kisah Kejayaan

Hak Cipta © 2022 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 × 720.

Dikemas kini pada 07 August 2022, 9:21 pm.