Skip to main content

Berita

CeDS Anjur Bengkel Perkasa Kertas Teknikal Projek Tahun Akhir

Oleh Dr Muhammad Azraie bin Abdul Kadir
30 Jun 2021, 11:48 pm
CeDS Anjur Bengkel Perkasa Kertas Teknikal Projek Tahun Akhir

PAGOH: Workshop on the Submission of the Final Year Project’s Paper via MARI anjuran Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diadakan pada 16 Jun 2021 bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Panel bagi bengkel ini adalah Ts Dr Hazlini binti Dzinun yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik, CeDS, UTHM dan juga merupakan Ketua Penyunting bagi prosiding Multidisciplinary Applied Research and Innovation (MARI).

Program ini telah disertai 312 peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah dengan menggunakan platform Zoom dan YouTube.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah mengenai penerbitan prosiding MARI seperti pendaftaran pelajar dan staf akademik di dalam Open Journal System (OJS), penghantaran kertas teknikal, kaedah panel mengakses, menilai dan memuat turun kertas teknikal serta penghantaran semula pembetulan kertas teknikal.

Objektif bengkel ini adalah untuk memaparkan secara dalam talian hasil kerja projek tahun akhir pelajar dalam bentuk kertas teknikal.

Melalui pendekatan ini, secara tidak langsung meningkatkan kuantiti penerbitan artikel di dalam prosiding MARI dan seterusnya membantu memperkasakan penerbitan khususnya bagi CeDS dan UTHM secara amnya.

Penerbitan artikel di dalam prosiding MARI adalah sebanyak dua kali setahun.

Ia terbuka kepada kertas penyelidikan yang berkaitan tetapi tidak terhad kepada topik-topik seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Gunaan, Teknologi Kejuruteraan Kimia, Teknologi Animasi dan Teknologi Maklumat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan program yang memberi impak positif kepada peserta yang hadir.

Saksikan rakaman program seperti berikut.


Workshop: Submission of the Final Year Project's Paper via MARI