Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

Aplikasi Photopea Bermanfaat Dalam Penghasilan Reka Bentuk Produk

Oleh Ts Dr Hazlini binti Dzinun
27 September 2021, 5:02 pm
Aplikasi Photopea Bermanfaat Dalam Penghasilan Reka Bentuk Produk

PAGOH: Photopea Online Workshop yang diadakan pada 24 September 2021 jam 10:00 pagi hingga 11:30 pagi, telah disampaikan oleh Encik Misbahul Muneer bin Abd Rahman yang merupakan jurutera pengajar, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kursus ini memfokuskan kepada pengenalan Photopea, aplikasinya dalam penghasilan reka bentuk produk, cara ringkas untuk menggunakan aplikasi Photopea, edit gambar mockup, sumber rujukan dan gambar mockup serta beberapa hasil iklan dari gambar yang telah dihasilkan menerusi aplikasi Photopea.

Seramai 35 orang peserta yang terdiri dari kalangan pelajar, pengajar dan usahawan telah menyertai kursus ini dimana yuran komitmen sebanyak RM 5 telah dikenakan.

Peserta amat teruja menggunakan aplikasi Photopea dalam menghasilkan sesuatu produk bagi usahawan dan tidak kurang hebatnya kepada pelajar yang mana mereka juga dapat menghasilkan tugasan yang menarik dan bermutu.

Kursus seperti ini amatlah diperlukan dalam norma baharu di musim pandemik yang telah mendesak individu di semua peringkat umur untuk mahir dan peka dengan penggunaan teknologi dalam aktiviti seharian.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, Membrane Technology and Environmental Research (MeTER) kerana berjaya mengadakan kursus yang memberi impak positif kepada peserta yang hadir.

Topik berkaitan: Penyelidikan/Inovasi

Hak Cipta © 2021 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 x 720.

Dikemas kini pada 13 October 2021, 11:59 pm.