Skip to main content

Berita

Dua Staf CeDS Dinobatkan Anugerah Cendekiawan 2021

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
16 Disember 2021, 9:44 pm
Dua Staf CeDS Dinobatkan Anugerah Cendekiawan 2021

BATU PAHAT: Sebanyak dua orang staf Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mendapat pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Cendekiawan 2021 (AIC 2021).

Ts Muhammad Shukri bin Ahmad telah dianugerahkan dengan Anugerah Inovasi Universiti, atas penglibatan aktif serta cemerlang beliau dalam aktiviti inovasi dan pengkomersilan.

Manakala, Ts Dr Shelena a/p Soosay Nathan pula dianugerahkan dengan Anugerah Penasihat Organisasi Pelajar atas sumbangan beliau dalam penganjuran aktiviti-aktiviti pelajar berimpak tinggi.

Majlis AIC 2021 telah berlangsung pada 15 Disember 2021 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Ia diadakan sebagai pengiktirafan dan menghargai pencapaian cemerlang staf-staf akademik, selain menjadi motivasi dan penggalak kepada staf-staf akademik untuk terus berusaha dengan gigih, bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang ilmu.

Tahniah diucapkan kepada Ts Shukri dan Ts Dr Shelena!