Skip to main content

Berita

Dua Penyelidik CeDS Berjaya Mendapatkan Geran Penyelidikan Kebangsaan

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
08 September 2021, 12:25 pm
Dua Penyelidik CeDS Berjaya Mendapatkan Geran Penyelidikan Kebangsaan

PAGOH: Penyelidik Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapatkan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ts Mahmod Abd Hakim bin Mohamad telah berjaya mendapatkan geran sebanyak RM 102 000 bagi projek penyelidikan A New Modified Hybrid Shooting Method for Non-Classical Optimal Control Problem with Piecewise Function in the Economics Royalty Payment Model.

Manakala Ts Noraniah binti Kassim pula, berjaya mendapatkan geran sebanyak RM 90 000 bagi projek penyelidikan Fire Resistance Properties of Autoclaved Aerated Concrete Based Ceramic Industrial Waste (AAC-CIW) on Building Wall Application.

Ini menjadikan nilai geran kebangsaan yang diperoleh penyelidik CeDS bagi tahun 2021 sebanyak RM 192 000.

Tahniah kepada Ts Mahmod Abd Hakim dn Ts Noraniah!