Skip to main content

Berita

Bapa Animasi Malaysia Dilantik Penasihat Industri Diploma Teknologi Animasi

Oleh Ts Mohd Hatta bin Mohamed Ali @ Md Hani
24 Februari 2022, 7:04 pm
Bapa Animasi Malaysia Dilantik Penasihat Industri Diploma Teknologi Animasi

LEMBAH KLANG: Satu pertemuan telah diadakan antara pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Bapa Animasi Malaysia, Encik Hassan bin Abd Muthalib.

Encik Hassan merupakan pencetus pelbagai rancangan dan filem animasi di Malaysia.

Ia termasuklah rancangan Hikayat Sang Kancil dan Monyet, rancangan Hikayat Sang Kancil dan Buaya, filem Mat Gelap yang merupakan gabungan watak hidup dan animasi, serta filem animasi pertama Malaysia Silat Lagenda.

Banyak pengalaman, nasihat dan cerita telah dikongsikan bersama pensyarah-pensyarah program Diploma Teknologi Animasi semasa pertemuan tersebut.

Encik Hassan dilantik sebagai Penasihat Industri program Diploma Teknologi Animasi.