Skip to main content

Berita

CeDS Jalin Kerjasama Dengan KTMB

Oleh Ts Mohd Muzaffar bin Zahar
05 Jun 2022, 9:56 pm
CeDS Jalin Kerjasama Dengan KTMB

PAGOH: Satu mesyuarat jalinan kerjasama dengan industri antara Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah diadakan hari ini.

Delegasi KTMB diketuai oleh Ir Ahmad Nizam bin Mohamed Amin, Ketua Pegawai Teknikal KTMB bersama empat orang pegawai lain, sudi untuk turun berbincang di kampus UTHM Pagoh bagi melihat dan mengemas kini aktiviti kajian bagi projek An Auto-Reader Inspection System for the Train Wheel Maintenance, yang dilakukan oleh pasukan penyelidik JKE.

Kajian tersebut diketuai oleh Puan Norhafiza binti Samion.

Turut hadir di dalam perbincangan ini adalah Timbalan Dekan (Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan) CeDS, Ts Dr Hazlini binti Dzinun bagi membantu dan merancakkan lagi beberapa kajian yang boleh diusahakan secara bersama antara CeDS dan KTMB.