Skip to main content

Berita

Canva Pemangkin Peningkatan Kualiti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh Encik Mohd Firdaus bin Mohd Herrow
29 Ogos 2022, 11:13 am
Canva Pemangkin Peningkatan Kualiti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pada 22 Ogos 2022 telah mengadakan satu kursus pembangunan staf di mana kursus tersebut bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, imaginasi dan kualiti bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat kreatif dan interaktif.

Pembangunan staf di dalam sesebuah institusi pendidikan adalah satu elemen yang penting agar para pendidik sentiasa mengikuti perkembangan ilmu terkini dan sentiasa bersifat relevan agar ilmu dan cara penyampaian yang disampaikan kepada para pelajar mengikut cara yang terkini.

Seramai 30 orang para pensyarah yang telah menerima manfaat di dalam program ini bagi tujuan memperkasakan bahan pengajaran mereka ke satu peringkat yang lebih baik.

Kursus Canva: Creating Creative and Interactive Teaching Materials yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Staf di bawah portfolio Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan adalah salah satu usaha dan inisiatif untuk menjadikan para pensyarah CeDS mempunyai sifat berkebolehan di dalam berfikir secara kritis dan imaginatif dan mahir dalam penghasilan bahan pengajaran yang lebih kreatif dan interaktif bagi dapat menarik minat para pelajar supaya terus fokus di dalam menimba ilmu pengetahuan.