Skip to main content

Berita

Bual Bicara Pelajar DAU dan DAK Bersama Penasihat Akademik dan Kerjaya

Oleh Dr Siti Samahani binti Suradi
29 Oktober 2022, 2:58 pm
Bual Bicara Pelajar DAU dan DAK Bersama Penasihat Akademik dan Kerjaya

PAGOH: Sebuah program Bual Bicara Pelajar Bersama Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) anjuran JSM dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) bertempat di Auditorium 5, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh telah berjaya dilaksanakan secara bersemuka yang dihadiri oleh seramai 226 pelajar daripada program Diploma Sains Gunaan (DAU) dan program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) bersama-sama 28 orang pensyarah JSM.

Program ini merupakan satu sesi perkongsian ilmu untuk memperkenalkan kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh JSM mengikut sistem pendidikan berasaskan hasil (OBE) dan struktur kurikulum kepada pelajar.

Penerangan telah disampaikan oleh beberapa panel yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Program serta Jawatankuasa OBE dan Akreditasi JSM.

Selain itu, program ini juga mengambil inisiatif dengan memperkenalkan staf akademik dari JSM dengan lebih terperinci yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan PAK.

Di samping itu, program ini juga dapat mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap penerangan yang diberikan mengenai program melalui sesi soal jawab bersama pelajar.

Keseluruhannya, program telah dijalankan dengan jayanya mengikut masa dan jadual yang dirancang.

Para pelajar juga dapat lebih mengenali para pensyarah yang mengajar mereka seterusnya dapat memupuk keyakinan diri dalam berinteraksi secara berhemah dengan pensyarah.

Di samping itu, para pelajar juga dapat lebih memahami sistem program DAU dan DAK serta pembelajaran yang mereka bakal tempuhi sepanjang pengajian.


Bual Bicara Pelajar DAU dan DAK Bersama Penasihat Akademik dan Kerjaya