Skip to main content

Berita

Bual Bicara Bersama Industri Chemistry between Us

Oleh Dr Siti Samahani binti Suradi
16 Disember 2022, 5:22 pm
Bual Bicara Bersama Industri Chemistry between Us

PAGOH: Program Bual Bicara Bersama Industri yang bertajuk Chemistry between Us telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11 Disember 2022.

Program ini dijalankan secara dalam talian dengan pihak industri melalui aplikasi Google Meet.

Seramai 62 orang pelajar jurusan Diploma Sains Gunaan (DAU) bersama penasihat, Puan Rozainita binti Rosley, dengan kehadiran beberapa orang pensyarah jemputan seperti, Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik, Dr Siti Noraiza binti Ab. Razak dan Dr Siti Samahani binti Suradi dari Jabatan Sains dan Matematik (JSM) telah menghadiri program ini secara fizikal di Dewan Auditorium 3.

Selain itu, program ini berjaya menarik minat seramai 80 orang pelajar-pelajar luar yang berbeza jurusan dengan penyertaan mereka secara atas talian.

Sesi bual bicara yang bermanfaat ini disampaikan dengan jayanya oleh penceramah iaitu Puan Azmahani binti Sulaiman.

Beliau merupakan pegawai penyelidik daripada cawangan teknologi kapal permukaan bahagian teknologi maritim STRIDE.

Sepanjang sesi penerangan darinya, beliau memperkenalkan aplikasi dalam bidang industri yang melibatkan analisa bahan kimia yang memfokuskan pada sifat, komposisi, struktur dan kesannya pada sistem jentera yang digunakan bagi pertahanan dan keselamatan negara.

Penekanan terhadap kepentingan analisis tertentu bagi mengurangkan risiko tinggi dan kematian terhadap individu dan awam.

Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kimia fizikal melalui perkongsian tentang bagaimana berlakunya analisis minyak.

Pelajar juga diberikan pendedahan mengenai perincian tugasan yang berkaitan kimia dan kepelbagaian peluang bidang pekerjaan yang bersesuaian.

Di samping itu, tahap pemahaman pelajar terhadap penerangan yang diberikan oleh penceramah mengenai program ini juga dapat dikenal pasti melalui sesi soal jawab bersama pelajar.

Seterusnya, sesi seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dan staf akademik JSM.

Keseluruhannya, program telah dijalankan dengan jayanya mengikut masa dan jadual yang telah dirancang.


Bual Bicara Industri