Skip to main content

Berita

CeDS Menerima Kunjungan Lawatan Penandaan Aras Dari UTeM

Oleh Puan Nor Suraya binti Abdul Samad
09 Januari 2023, 9:39 am
CeDS Menerima Kunjungan Lawatan Penandaan Aras Dari UTeM

PAGOH: Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan lawatan penandaan aras secara dalam talian ke Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 5 Januari 2023 (Khamis), jam 9:00 sehingga 11:00 pagi.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai penubuhan CeDS serta pengurusannya selepas ditubuhkan.

Hasil daripada lawatan ini juga pihak CeDS, UTHM dan UTeM dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam penubuhan dan perjalanan CeDS serta pelaksanaan program diploma di kedua-dua universiti.

Sehubungan dengan itu, dengan adanya sesi lawatan ini dapat menjalinkan jaringan kerjasama dalam mengeratkan hubungan antara UTHM dengan pihak UTeM.

Semoga kedua-dua pihak mendapat pelbagai faedah hasil daripada kerjasama yang dijalinkan ini.