PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2023 pada 1 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh.
Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 31 orang staf akademik yang terdiri daripada Ahli Pengurusan CeDS dan Ahli Jawatankuasa CeDS
Objektif bengkel ini adalah bertujuan untuk menetapkan SKT 2023 CeDS berasaskan kepada SKT UTHM dan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada setiap staf akademik dalam menyediakan SKT bagi meningkatkan tahap kecekapan mereka dalam menjalankan tugas.
Selain itu, SKT menjadi platform kepada Pengurusan CeDS untuk mengumpul idea-idea yang bernas bagi memastikan penyediaan perancangan program/aktiviti Jabatan selaras dengan misi dan visi CeDS.
Majlis perasmian dan penutupan Bengkel SKT CeDS 2023 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, Dekan CeDS, UTHM.
Semoga kursus yang diadakan ini akan menjadi wadah kepada semua staf CeDS untuk mengkaji dan menilai semula keberkesanan sesuatu program yang telah diadakan pada tahun sebelumnya sama ada perlu diteruskan atau sebaliknya.