BATU BERENDAM: Ahli Pengurusan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) pada 20 Mac 2023 yang lalu.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan peluang kerjasama bersama MISDEC berkaitan sijil profesional, sijil kompetensi dan kursus pendek dalam meningkatkan kualiti pelajar dan staf CeDS.
Lawatan yang diketuai oleh Timbalan Dekan Akademik CeDS, Dr Muhammad Faizal bin Ismail itu turut disertai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Puan Hjh Ziana binti Che Ros serta ketua-ketua jabatan.