Skip to main content

Berita

Webinar Water Quality Assessment and Monitoring Dedah Pelajar Kepada Asas Pemantauan Kualiti Air

Oleh Dr Noorul Hudai binti Abdullah
04 Mei 2023, 2:49 pm
Webinar Water Quality Assessment and Monitoring Dedah Pelajar Kepada Asas Pemantauan Kualiti Air

PAGOH: Sebuah webinar bertajuk Water Quality Assessment and Monitoring telah dianjurkan oleh Jabatan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 2 Mei 2023 secara maya menggunakan platform Zoom Meeting.

Objektif program bicara ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan asas pengukuran dan pemantauan kualiti air di Malaysia.

Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 141 orang peserta.

Program bicara ini menjemput seorang panel dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu Prof. Madya Ts Abdul Haqi bin Ibrahim yang merupakan Pengarah Centre of Exellence for Water Research and Environmental Sustainability Growth (WAREG).

Hasil dari program bicara ini, penceramah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau berkaitan proses pengukuran dan pemantauan kualiti air yang dilakukan di Malaysia.

Justeru, pelajar dapat didedahkan dengan situasi sebenar pengawalan kualiti air di Malaysia.

Pendedahan ini dapat membantu pelajar lebih memahami asas pengukuran kualiti air sebelum pelajar mempelajari topik proses rawatan air di dalam kelas.


Webinar: Water Quality Assessment and Monitoring