Berita
Nature of Sciences and KitaRecycle Mantapkan Kefahaman Mengenai Manfaat dan Kepentingan Bahan-bahan Terpakai
MUAR: Program Young Technologist @ School 2023, Nature of Sciences (Enviro-Chem 2023) and KitaRecycle telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Jun 2023 secara fizikal sepenuhnya di SMK Tengku Mahkota, Muar.
Program Kelestarian Alam Sekitar dan Teknologi Sains merupakan program anjuran Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama yang daripada pihak SWM Environment Sdn Bhd dan SMK Tengku Mahkota yang bertemakan Sains dan Teknologi Kejuruteraan berjaya menarik minat hampir 500 orang pelajar SMK Tengku Mahkota dengan pengkhususan aktiviti bersama pelajar dari tingkatan 2 dan 3.
Penglibatan yang komprehensif diperolehi daripada 64 orang pelajar siswa-siswi tahun 1 dari jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) dengan seliaan para pensyarah.
Program berkonsepkan khidmat masyarakat ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman mengenai manfaat dan kepentingan penggunaan bahan-bahan terpakai untuk dikitar semula supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar serta aplikasinya di dalam kehidupan kepada pelajar sekolah.
Pelbagai aktiviti diadakan yang bertemakan kitar semula iaitu sains eksplorasi dimana terdapat eksperimen-eksperimen yang menarik iaitu cara penghasilan sabun menggunakan minyak, penghasilan kertas menggunakan bahan sisa buangan, cara untuk mendapatkan sumber air bersih menggunakan tapisan air buatan sendiri, pengetahuan dalam cara mencari pH sesuatu cairan menggunakan pH meter, dan mengaplikasikan konsep kitar semula dengan mengurangkan sisa buangan kertas.
Selain itu, aktiviti berkaitan teknovasi iaitu pelajar sekolah tersebut mencipta sesuatu mengikut kreativiti mereka dengan menggunakan bahan buangan yang ada di sekeliling mereka. Tambahan lagi, terdapat juga pameran poster berkaitan isu-isu alam sekitar dan kesannya pada manusia dan alam sekitar. Disamping itu, kuiz juga disediakan yang berkaitan dengan poster-poster tersebut untuk dijawab oleh pelajar sekolah.
Pelajar juga didedahkan dengan ceramah Kesedaran Alam Sekitar – KITARCycle yang disampaikan dari pihak SWM Environment Sdn Bhd diikuti sesi soal-jawab antara para pelajar dan pihak penceramah bagi mengenal pasti tahap pemahaman para pelajar SMK Tengku Mahkota.
Sekalung penghargaan kepada pihak industri iaitu SWM Environment Sdn Bhd, Pau Mira Sdn Bhd dan Tadika Genius Al-Baghdadi kerana sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Tidak ketinggalan juga, ucapan ribuan terima kasih atas usaha dan setiap kerjasama yang dicurahkan oleh para pelajar siswa-siswi dan para pensyarah dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik seterusnya mendapat sambutan yang meriah dari para pelajar SMK Tengku Mahkota.
Nature of Sciences (Enviro-Chem 2023) and KitaRecycle
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor