Skip to main content

Berita

Klinik Penerbitan Siri 1/2023 Dedah Peserta Kepada Amalan Terbaik Dalam Penulisan

Oleh Dr Hazwani binti Rahmat
13 Mei 2023, 3:47 pm
Klinik Penerbitan Siri 1/2023 Dedah Peserta Kepada Amalan Terbaik Dalam Penulisan

PAGOH: Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah menganjurkan klinik penerbitan pada 10 Mei 2023 sebagai inisiatif dalam membantu staf akademik mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) penerbitan fakulti.

Klinik ini juga merupakan program tahunan bersiri bagi membantu ketua geran penyelidikan dalam menerbitkan artikel demi memenuhi keperluan geran mereka.

Prof. Dr Ismail bin Abdul Rahman, Professor Sanjung dilantik sebagai penceramah.

Melalui klinik ini, peserta didedahkan dengan teknik penulisan yang betul dan teratur bagi membolehkan artikel yang disediakan dapat diterbitkan di peringkat prosiding atau jurnal Scopus.

Draf artikel peserta disemak lebih awal sebelum klinik bermula kerana untuk memastikan ketika klinik berlangsung, Prof. Dr Ismail bin Abdul Rahman akan terus memberi komen penambahbaikan artikel tersebut kepada peserta.

Pendekatan yang baik seperti ini diharapkan dapat diteruskan kerana seramai 14 peserta yang telah dijemput, sebanyak tiga artikel telah berjaya dihantar ke jurnal dan konferens berkaitan.

Satu dari artikel berkenaan telah berjaya diterbitkan ke jurnal.

Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penerbitan dan diharapkan program seperti ini terus mendapat sokongan dan penyertaan dari staf akademik CeDS.