Berita
Lawatan ke Indah Water Konsortium Dedah Pelajar Kepada Kepentingan Rawatan Air Sisa
AYER KEROH: Satu program lawatan sambil belajar ke Indah Water Konsortium Sdn Bhd unit Ayer Keroh, Melaka telah dilaksanakan.
Sesi lawatan bermula jam 10:30 pagi dan berakhir pada pukul 1:30 tengah hari.
Lawatan ini disertai oleh 23 orang pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) dan diiringi oleh beberapa pensyarah Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Indah Water Konsortium mempunyai enam proses yang berbeza untuk merawat air kumbahan sebelum dilepaskan ke sungai mengikut standard B.
Enam unit proses tersebut terdiri daripada penyaringan primer, telaga kering, penyaringan sekunder, kebuk kersik, tangki anoxic, tangki enapan dan tangki penyahjangkitan.
Air kumbahan daripada kawasan sekitar akan dirawat dengan melalui proses pertama iaitu penyaringan primer bagi tujuan pengasingan benda asing seperti bekas makanan plastik, bekas tuala wanita, rambut dan banyak lagi.
Kemudian, air kumbahan yang ditapis akan dipam melalui telaga kering ke proses seterusnya iaitu penyaringan sekunder.
Semasa di penyaringan sekunder, air kumbahan akan ditapis sekali lagi untuk membuang bahan-bahan yang tidak ditapis semasa penyaringan primer dan dialirkan ke kebuk kersik untuk membuang pasir, kerikil, dan partikel halus.
Seterusnya, air kumbahan akan dialirkan secara tekanan graviti ke tangki anoxic.
Di tangki anoxic, bau yang dihasilkan oleh ammonia akan dibuang daripada air kumbahan menggunakan mesin peniup dari bawah.
Setelah itu, air kumbahan akan dialirkan ke tangki enapan untuk membiarkan partikel-partikel termendap secara tekanan graviti dan akhir sekali air kumbahan akan dialirkan ke tangki penyahjangkitan.
Di sini pembasmian kuman dijalankan tanpa menggunakan bahan kimia tetapi menggunakan daya mekanikal.
Para pelajar juga dibawa melawat ke semua unit proses yang dinyatakan di atas untuk mengetahui dan melihat secara langsung kaedah rawatan yang berlaku di setiap unit.
Air yang telah selesai menjalani semua unit proses akan dilepaskan secara langsung ke dalam sungai.
Justeru, dengan perlaksanaan program ini para pelajar dapat memahami fungsi, mekanisme, kaedah pengurusan air sisa di industri dan kepentingan rawatan air sisa dalam kehidupan seharian.
Selain itu, pelajar juga dapat memperoleh ilmu asas tentang pengurusan air sisa di industri seperti yang telah dipelajari dan mampu untuk menghasilkan tugasan kerja yang lebih baik dan berkualiti.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor